Hangat pada masa ini apabila peminat bola sepak Kelantan mula bercakap mengenai penaja-penaja yang akan menjadi penaja rasmi pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia 2014.
Khabar angin tersebut lebih kencang lagi apabila syarikat minyak gergasi negara, Petronas mula disebut-sebut menjadi penaja utama TRW musim hadapan lantaran syarikat tersebut dikatakan mengeluarkan pelekat kereta (sticker) yang memaparkan gambar pemain-pemain TRW.
Menariknya pada khabar angin tersebut, sticker kereta Petronas Primax yang berserta logo Petronas itu dikatakan menampilkan pemain pasukan TRW dan diedarkan kepada mereka yang mengisi minyak di stesen-stesen tertentu.
Sejauh mana kebenaran tersebut nyata, ia masih belum dipastikan lagi.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pada satu kenyataan difacebooknya sebelum ini mengakui penaja-penaja TRW sudah ada, cuma hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.
Senarai Penaja Kelantan FA 2014/2016
Petrolium Nasional (Petronas)-Penaja Utama
Red Bull-Penaja Utama
Red-Land-Penaja Utama
dR Rozmey -Penaja Utama
Nike – Penaja Utama(& penaja peralatan keseluruhan Pasukan) & Jersi Rasmi Pasukan
Air Asia – Penaja Pengankutan (Udara)
Sani Ekspres – Penaja Pengankutan (Darat)
Adidas – Penaja But (sebahagian Pemain)
Nike – Penaja But (sebahagian Pemain)
Puma- Penaja But (sebahagian Pemain)
Celcom-Happy – Penaja Komunikasi
Quality Hotel – Penaja Penginapan
Hilton Hotel – Penaja Penginapan
Power-Root – Penaja produk kesihatan
Al-Ikhsan – Penaja pakaian “casual”
Nilai keseluruhan penajaan adalah sebanyak RM4 juta.
No comments:
Post a Comment